![]() |
| suria-2 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan 3 unit penghawa dingin |
| pemandangan dr bilik suria 2 blk tidur (tkt 8, unit hujung) |
| org utan island, suasana berkabus bileh dilihat di awal pagi menerusi balkoni bilik |
| kolam renang yg luas utk tetamu (tiada bayaran dikenakan) |
Salam hormat,
Terima kasih kepada pembaca yg sudi membaca tulisan dari blog ini. Bagi memudahkan anda merancang percutian dan bajet, dikemukakan beberapa info yg dirasakan dapat membantu serta dijadikan panduan percutian anda.Penulis banyak menerima pertanyaan dari pembaca yg mungkin belum pernah menjejakkan kaki atau melancong ke negeri-negeri di kawasan utara, khususnya ke negeri PERAK. Walaupun soalan-soalan yg ditanya kedengaran agak 'buta geografi'ianya wajib dijawab,kerana menghormati tetamu adalah perlu dan penting sebagai budaya orang timur. Walaupun kenderaan tuan/puan telah dilengkapi dengan peralatan pandu arah GPS, namun perkongsian info ini diharap dapat mencelikkan mata dan membuka minda pembaca yg dihormati.
![]() |
| suria 1 blk tidur(2 blk air, 2 unit penghawa dingin) |
PANDUAN DESTINASI:
![]() |
| jgn lupa mandi sebelum pulang... |
Bukit Merah Lake Town Resort terletak dalam daerah Kerian. Destinasi percutian ini terletak tidak jauh dari lebuh raya utara-selatan. Jika memandu dari selatan anda hanya perlu keluar dari exit Bukit Merah/Selama. Susur keluar sebelah kiri atau 'exit' tersebut adalah sekitar 100 meter selepas R&R Gunung Semanggol. Anda TIDAK PERLU keluar/exit ke mana-mana bandar samada IPOH,KUALA KANGSAR mahupun TAIPING jika anda ingin terus ke destinasi ini. Selepas membayar tol, anda sebenarnya berada 5-10 minit sahaja dari bkt merah lake town resort.
LOKASI:
JGN LUPA,selepas tol, pastikan anda membelok ke kanan selepas lampu isyarat dan membelok kembali ke kanan selepas 50-100 meter.Pandu masuk menerusi pintu gerbang yg menandakan anda memasuki kawasan resort dan bersedia untuk memandu (sekitar 5-10 minit) menaiki serta menuruni kawasan yg agak berbukit. Anda akan menemui dua bulatan/roundabout sebelum menemui suria apartment(hotel 8 tingkat) dan lake town apartment (hotel 3 tingkat-di hadapan bangunan suria) selepas 300 meter dari roundbout kedua.
INFO TERPENTING:
Buat pengetahuan anda, jarak diantara bkt merah dan TAIPING hanya lebih kurang 10-15 minit perjalanan sahaja menerusi hiway dgn kos tol sebanyak RM 1.50.Bermakna, jika anda berada samada di taiping atau bkt merah, kedua-dua lokasi pelancongan tersebut dapat dilawati dengan mudah kerana terletak agak berhampiran.
Lokasi menarik lain yg berhampiran adalah, kuala gula bird sanctuary park dan 'fire flies' kg dew yg terletak sekitar 15-20 minit shj dari resort.
![]() |
| hanya terdapat 1 unit shj, suria 2 bedroom(tempahan awal diperlukan) |
PILIHAN PENGINAPAN
SELAIN DARI SURIA APARTMENT 1 BEDROOM(2 BATHROOM)( 2 UNIT A.COND), TERDAPAT JUGA SURIA APARTMENT 2 BEDROOM (2 BATHROOM), (3 UNIT A.COND)..UNTUK PILIHAN ANDA DGN HARGA YG LEBIH MURAH KERANA TEMPAHAN DIBUAT MENERUSI PEMILIK UNIT DAN TIDAK DIBUAT MENERUSI KAUNTER TEMPAHAN..DEPOSIT TEMPAHAN ADALAH DIPERLUKAN MEMANDANGKAN JUMLAH UNIT ADALAH TERHAD.
![]() |
| suria 2 bilik tidur-kemudahan bilik air (dgn pemanas air) di ruang tamu dan bilik utama |
![]() |
| kemudahan peti ais mini bar dan jug elektrik ( kemudahan seterika boleh didapati di iron room blok tersebut) |
LAIN-LAIN INFO & PESANAN :
# Kemudahan restoran nasi kandar yg beroperasi 24 jam, mini market, kedai serbaneka, restoran makanan thai/melayu dan gerai burger boleh didapati dalam kawasan resort.
#Terdapat juga kemudahan sauna dan steam room dlm blok suria. Kolam renang yg disediakan dalam blok apartment suria adalah percuma utk mereka yg menginap di hotel tersebut.
Tempahan menerusi pemilik unit tidak disediakan kemudahan sarapan.
#Kemudahan mesin pengeluaran wang (ATM-MEPS) didapati di 2 lokasi iaitu di kaunter tiket water park dan juga di RnR Bkt Merah yg boleh diakses menerusi laluan jalan belakang (tanpa tol).
#Anda adalah dinasihatkan utk memastikan bahan api petrol diisi dengan jumlah yg secukupnya utk kemudahan anda kerana petrol stesen terletak agak jauh dr resort ini.





































