Friday, September 17, 2010

HADIAH HARI MALAYSIA..

Pengunjung blog yang dihormati...

Langkah-langkah penambahbaikan telah diambil bagi memastikan semua penghuni Muslim yang menginap dan menggunakan peralatan di kedua-dua unit studio room bukit merah dan guest house Kamunting, Taiping merasa lebih berkeyakinan untuk menginap di kesemua lokasi penginapan, antaranya adalah:

1. Mulai dari 16 September 2010...unit-unit studio room dan guest house hanya menerima tetamu yang beragama Islam sahaja..tempahan untuk penghuni NON MUSLIM telah dihentikan mulai dari tarikh ini.


2. Tetamu Islam yang BUKAN MUHRIM adalah DILARANG daripada menginap atau membuat tempahan.


3. Minuman berALKOHOL / ARAK tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam semua lokasi penginapan. 


4. Haiwan kesayangan atau belaan TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk ke semua unit penginapan.

5. Bilik-bilik penginapan juga telah dibekalkan dengan sejadah dan tanda arah kiblat bagi memudahkan semua tetamu.

Para tetamu yang dihormati, langkah-langkah tersebut diambil bagi memastikan semua pengunjung Muslim dapat menikmati percutian mereka dengan lebih selesa serta bagi memastikan pengunjung yang kami hargai turut merasa yakin untuk beribadat di kesemua unit penginapan yang kami sediakan.

Sekian, salam hormat dari saya...

1 comment: