Thursday, November 25, 2010

TIPS PELANCONGAN BAJET...LAGI-LAGI NAK JIMAT

Salam hormat dan salam mesra, bertemu kembali dalam tips pelancongan bajet. Yupp..semua pelancong yang berada dalam 'status pelancong bajet' (seperti saya dan mungkin juga anda) perlu mendapatkan seberapa banyak input dan info mahupun tips mengenai langkah-langkah utk berjimat sewaktu melancong. Tips yang diberikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri mahupun menerusi pembacaan saya. Sayugia diingatkan( hehe..ayat klasik) ianya mungkin sesuai untuk anda dan mungkin juga tidak...Diperturunkan ilmu yang baik ini utk dikongsi bersama dengan penuh ikhlas (sampaikanlah oleh kamu walaupun sepotong ayat) dan percuma a.k.a F.O.C

LAKUKAN CARIAN DAN PENYELIDIKAN...BERTANYALAH PADA YANG TAU...
1. Pastikan..anda membuat carian atau penyelidikan ( dah mcm saintis) mengenai lokasi tempat yang anda telah rancang utk bercuti. Kenapa? dan mengapa?..ini adalah utk memastikan anda tidak tersesat, ia juga dapat mengelakkan 'mood' percutian anda terganggu akibat 'kesesatan' yang mungkin berlaku secara 'serius'. Ianya juga dpt menjimatkan kegunaan bahan api atau petrol anda secara tidak langsung...betul tak?

ELAKKAN BERBELANJA PADA PERKARA YANG TIDAK PERLU...
2.Apakah maknanya pelancongan bajet jika anda berbelanja seperti baru sahaja memenangi loteri? 'Bajet' tidak bermakna anda menjadi 'bakhil', bajet adalah berhemah dan bijaksana. Anda tidak perlu membeli pengecas telefon, pakaian mandi utk anak2 anda atau peralatan yg sememangnya anda miliki sewaktu bercuti. kesimpulannya,  pastikan anda memeriksa berulang-ulang kali benda-benda yang 'kecil' tetapi mustahak. Saya fikir, anda seharusnya tahu, sebagai contoh, pakaian mandi kanak-kanak atau barangan lain yang dijual di pusat peranginan kadang kala berharga sekali ganda mahalnya...jadi kenapa memilih menjadi 'kurang bijak' jika anda sebenarnya bijak?

MALU BERTANYA.....SESAT JALAN..MALAS BERTANYA?...KENA SEMBELIH!!
3. Pada saya, segmen penting pelancongan adalah, MAKAN, TIDUR dan AKTIVITI...yer..anda telah memilih penginapan yang murah dan munasabah. bagaimana pula dgn MAKAN? Begini...pastikan anda bijak memerhati dan meninjau lokasi yang baik, sedap dan murah sebagai lokasi anda menjamu selera, tapi bagaimana caranya? Amat mudah...malu bertanya sesat jalan, jadi tanyalah individu (mungkin juga abang atau makcik tukang cuci atau pak cik 'guard ?) yang anda fikirkan tahu tentang lokasi makan yang sesuai dan murah, bukankah malu bertanya 'mahal belanja'?

SELAMATKAN DIRI DARI 'HARI SEMBELIHAN' SEDUNIA
4. Tips terakhir kali ini adalah yg paling bijak dan mudah untuk dipraktikan dalam langkah penjimatan dalam percutian namun ianya tidak atau kurang disedari oleh kita semua. Saya pasti, jika anda penah menginap di kebanyakan hotel anda menyedari bahawa 'room tariff' atau kadar bayaran yang dikenakan adalah berbeza iaitu, 'hari biasa', 'hujung minggu', 'cuti sekolah' dan 'cuti kelepasan am'. Kenapa perkara ini terjadi?...jawapannya adalah mudah..jika 'permintaan'(demand) melebihi 'penawaran'(supply) jangankan harga bilik hotel akan meningkat  malahan harga tempoyak, belacan atau budu pun akan turut meningkat!!!Inilah yang dinamakan perniagaan.....Pada hari biasa kadar yang dikenakan mungkin pada harga RM 130.00 semalam, namun jika percutian yang dipilih oleh anda jatuh kepada hari sabtu, ahad atau cuti sekolah serta hari kelepasan am 'room tariff' boleh meningkat hampir sekali ganda!! Kenapa perlu bersesak-sesak untuk bercuti pada 'hari sembelihan'? Rancang dan atur percutian anda dengan bijak, hasilnya, anda sekeluarga lebih selesa dan tenang bermain air di taman tema dan yang paling mustahak..anda juga mendapat kadar tarif bilik yang munasabah dan tidak membebankan anda.

Kepada pembaca blog ini yang dihormati, anda adalah bebas untuk memberi sebarang kritikan yang membina bagi setiap tulisan yang disiarkan oleh saya. Sebagai pembaca, anda adalah 'Raja'....bertemu lagi di lain waktu, InsyaAllah..salam hormat dari saya.

2 comments: