Sunday, January 12, 2014

HARGA PROMOSI SEPANJANG TAHUN (TERMASUK HARI KELEPASAN & CUTI SEKOLAH)

Untuk lebih menjimatkan anda dicadangkan utk menggunakan kolam renang di CLUB HOUSE yg terdapat di penghujung resort yg hanya mengenakan caj RM4 (harga ketika artikel ini ditulis. Terdapat juga kemudahan kafe di club house tersebut yang terkenal dengan menu 'mesti cuba' AIS KACANG TALAM BUKIT SPECIAL.πŸ˜†πŸ˜†


HARGA YANG DIKENAKAN ADALAH UTK PENGINAPAN DAN TIDAK TERMASUK CAJ MENGGUNAKAN KOLAM DI BLOK APARTMENT



Salam hormat, Terima kasih kepada pembaca yg sudi membaca tulisan dari blog ini. Bagi memudahkan anda merancang percutian dan bajet, dikemukakan beberapa info yg dirasakan dapat membantu serta dijadikan panduan percutian anda. Penulis banyak menerima pertanyaan dari pembaca yg mungkin belum pernah menjejakkan kaki atau melancong ke negeri-negeri di kawasan utara, khususnya ke negeri PERAK.  Pengujung boleh menggunakan aplikasi WAZE atau Google maps dengan menaip suria service apartment untuk ke destinasi penginapanπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

PILIHAN PENGINAPAN:
penginapan -2 katil besar (di bilik tidur dan ruang tamu), 2 bilik air, 2 penghawa dingin. πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†PROMOSI RM 130 shj!! 2 mlm RM250

Penginapan -1 blk tidur dgn 1 katil besar(2 blk air-dengan pemanas air), 2 unit penghawa dingin. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒHarga 125/semalam,  
2 mlm, PROMOSI RM 240!!πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Penginapan - 2 bilik tidur, tilam tambahan bersaiz 'single', 2 bantal tambahan, toto dan selimut disediakan (tiada caj tambahan)2 bilik air (dgn pemanas air), 3 unit penghawa dingin termasuk di ruang tamu. 
😁😁😁😁PR0MOSI RM170/semalam...PROMOSI 2 MLM RM 330 sahaja!!!πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†



PANDUAN DESTINASI:
 Bukit Merah Lake Town Resort terletak dalam daerah Kerian. Destinasi percutian ini terletak tidak jauh dari lebuh raya utara-selatan. Jika memandu dari selatan anda hanya perlu keluar dari exit Bukit Merah/Selama. Susur keluar sebelah kiri atau 'exit' tersebut adalah sekitar 100 meter selepas R&R Gunung Semanggol. Anda TIDAK PERLU keluar/exit ke mana-mana bandar samada IPOH,KUALA KANGSAR mahupun TAIPING jika anda ingin terus ke destinasi ini. Selepas membayar tol, anda sebenarnya berada 5-10 minit sahaja dari bkt merah lake town resort.

kemudahan apartment 2 bilik tidur 


LOKASI: 
JGN LUPA,selepas tol, pastikan anda membelok ke kanan selepas lampu isyarat dan membelok kembali ke kanan selepas 50-100 meter.Pandu masuk menerusi pintu gerbang yg menandakan anda memasuki kawasan resort dan bersedia untuk memandu (sekitar 5-10 minit) menaiki serta menuruni kawasan yg agak berbukit. Anda akan menemui dua bulatan/roundabout sebelum menemui suria apartment(hotel 8 tingkat) dan lake town apartment (hotel 3 tingkat-di hadapan bangunan suria) selepas 300 meter dari roundbout kedua.

LOKASI TEMPAT MAKAN BERHAMPIRAN:
Terdapat restoran (beroperasi sehingga malam) serta mini market/kedai serbanika (beroperasi sehingga pukul 10.00 mlm) di dalam kawasan resort. Selain itu, gerai nasi campur utk makan tengahari juga terdapat di lampu isyarat selepas keluar dari tol.

INFO TERPENTING:
Buat pengetahuan anda, jarak diantara bkt merah dan TAIPING hanya lebih kurang 10-15 minit perjalanan sahaja menerusi hiway Bermakna, jika anda berada samada di taiping atau bkt merah, kedua-dua lokasi pelancongan tersebut dapat dilawati dengan mudah kerana terletak agak berhampiran.
Lokasi menarik lain yg berhampiran adalah, kuala gula 'bird sanctuary park' dan 'fire flies' kg dew yg terletak sekitar 15-20 minit shj dari resort. Anda juga boleh menikmati makan tengahari di Kuala Gula yg terkenal dengan 'gulai kawah ikan sembilang'.
PILIHAN PENGINAPAN SELAIN DARI SURIA APARTMENT 1 BEDROOM(2 BATHROOM)( 2 UNIT A.COND), TERDAPAT JUGA SURIA APARTMENT 2 BEDROOM (2 BATHROOM), (3 UNIT A.COND)..UNTUK PILIHAN ANDA DGN HARGA YG LEBIH MURAH KERANA TEMPAHAN DIBUAT MENERUSI PEMILIK UNIT DAN TIDAK DIBUAT MENERUSI KAUNTER TEMPAHAN..DEPOSIT TEMPAHAN ADALAH DIPERLUKAN MEMANDANGKAN JUMLAH UNIT ADALAH TERHAD.

LAIN-LAIN INFO & PESANAN :

#Kemudahan mesin pengeluaran wang (ATM-MEPS) didapati di 2 lokasi iaitu di kaunter tiket water park dan juga di RnR Bkt Merah yg boleh diakses menerusi laluan jalan belakang (tanpa tol).
#Anda adalah dinasihatkan utk memastikan bahan api petrol diisi dengan jumlah yg secukupnya utk kemudahan anda kerana petrol stesen terletak agak jauh dr resort ini.



Sunday, May 13, 2012

OnLy iN TAiPiNg

salam hormat..

2012 merupakan tahun melawat Perak,  utk info Taiping merupakan antara daerah tertua dan merupakan antara bandar yg bersejarah dan amat menarik untuk dilawati. Kewujudan Taiping yang terletak dalam daerah Larut memang amat sinonim sebagai bandar pelancongan.

FAKTA TAIPING (sumber wikipedia):

Muzium Perak, Taiping
jumlah populasi: 212,562 org penduduk

Bukit Larut dibuka pada tahun 1884

keluasan : 72 batu persegi (186.46 km²)

 apa yg anda patut tahu..

Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak mahupun elektronik .Diantara hasil binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:

  • Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping. 

  • Bukit Larut atau Maxwell Hill, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia. 

  • Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.m

  • Landasan kereta api yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap didalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, SirHugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport. 


  • Penjara Taiping atau pada awalnya dikenali sebagai "Taiping Gaol" dibina pada 1879



    
    Zoo Taiping & Nite Safari
    
    Burmese Pool water fall
    
    Restoran Doli (koew teow & nasi ayam)
    
    Taman tasik taiping
    
  • Zoo Taiping


bukit larut

Sunday, October 16, 2011

Zoo Taiping...Destinasi 'Must VISIT'


dah jemu tengok gajah di 'National Geographic' sekali sekala tengok 'live' pulak

Salam hormat kepada semua pembaca, semoga ceria dan sihat hendaknya..semoga anda lebih kaya dan berjaya!! Semacam satu ungkapan yang pernah atau selalu kita dengar..haha, tapi kalu 'masyuk' RM 50.00, keluar RM 60.00, usahkan nak kaya, nak senyum bagi nampak gigi pun susah. Penulis bukanlah seorang 'konsultan kewangan'(financial consultant), apatah lagi penasihat kekayaan (wealth advisor), kita semua sama sahaja,,insan yang tak kaya (jangan 'kayap' sudah).Walau di mana pun taraf dan kemampuan kita, ianya tidak bermakna kita langsung tak boleh makan pizza, makan ayam goreng KFC mahupun sekali sekala melancong, asalkan kita bijak merancang semuanya boleh dilakukan mengikut cara dan kemampuan masing-masing, insyaallah.

Mengikut sumber dari Tourism Perak, Zoo Taiping dan Nite Safari merupakan antara destinasi pilihan pelancong ke negeri Perak, ianya dipercayai merupakan Zoo paling tua dan mula-mula dibuka di Malaysia. Jadi, bukanlah sesuatu perkara yang pelik jika ianya menjadi lokasi pilihan 'mesti dilawati' jika anda ke Taiping, Perak.Selain zoo, adalah dipercayai terdapat dua lagi destinasi pelancongan di Taiping yang merupakan ikon pelancongan yang menjadi perintis di Malaysia iaitu Muzium Taiping dan Bukit Larut (wujud sebelum Cameron Highland dan Genting Highland). Jadi, tak rugi datang ke Taiping, banyak lagi destinasi pelancongan yang ada disini, untuk kali ni, jom kita menikmati gambar-gambar yang diambil penulis sewaktu melawat ke zoo Taiping baru-baru ini.

Info Zoo Taiping:
Bayaran Masuk

Dewasa : RM16.00
Kanak-kanak (3 -12 tahun) :RM10.00

DISKAUN

Rombongan dewasa (lebih 20 orang) dan warga tua (55 tahun ke atas): RM13.00
Rombongan kanak-kanak (3-12 tahun) (lebih 20 orang). : RM8.00

Waktu melawat

8.00 to 11.00 p.m
Dibuka setiap malam termasuk Cuti Umum.
8.00 to 12.00 a.m
Pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am.

memang tempat budak-budak menikmati dunia haiwan..

gambar ni diambil dari jarak 1 meter di depan pintu masuk

Soal penginapan tak perlu risau, dua buah homestay 4 bilik boleh ditempah dengan bayaran antara RM 150-RM170, kemudahan dapur disediakan. Kedua-dua 'house stay' yang terletak di Kamunting(rumah teres 2 tingkat) dan rumah teres (4 bilik, 2 bilik air) di Kuning Permai hanya terletak 10 minit sahaja ke destinasi pelancongan sekitar bandar Taiping.
Jika anda dari Kuala Lumpur, exit sahaja tol Changkat Jering, house stay kuning permai hanya terletak kira-kira 8 km dari tol. Manakala jika penginapan di Kamunting boleh exit tol Taiping Utara atau Kamunting, Taman Desa Jaya 6, terletak di belakang Hotel SSL Traders..
Akhir kata, selamat melancong(bukan melencong) kepada semua, anda tak perlu menjadi orang kaya untuk makan angin bersama keluarga. Selagi anda bijak membuat pilihan, insyallah,,anda akan lebih bijak dari orang yang berjaya!!

Wednesday, June 15, 2011

CENDOL OH CENDOL....

Salam hormat, lama betul tak menulis, sebelum otak menjadi 'beku' dan 'kematu' selain keyboard komputer bersawang dan berdebu ada baiknya saya menulis. Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang sudi memilih 'suka-suka homestay' sebagai destinasi penginapan mereka sewaktu bercuti, terima kasih daun keladi, bila bercuti datanglah lagi, harga diskaun boleh diberi..dun worry..

Pada kebiasaannya, selain daripada melawat lokasi-lokasi menarik, tempat makanan yang istimewa turut dicari oleh pelancong yang datang ke Taiping. Terdapat beberapa lokasi makanan yang pada kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong yang datang dari luar, antaranya:


 
1. Cendol Pulut Taiping

2. Koteow Doli, (nasi ayam pun ok jugak)

3. Popiah (gerai bawah Larut matang)

4. Nasi Lemak Jalan Tupai (tepi padang bola dekat simpang jalan) tak jauh dari Taman Tasik Taiping.


cendol kacang pulut pun ada....jgn bungkus, 'rasa dah lari'
Banyak lagi destinasi 'makan-makan' yang boleh 'dibaham' ketika di Taiping, tetapi empat  tempat di atas merupakan destinasi tradisi penulis untuk menambah 'porch bag' di pinggang. Langsung tak rugi kalau dicuba, lagi pun destinasi makan-makan yang tersenarai di atas pernah dilawati oleh krew dan pengacara program beberapa stesen tv di Malaysia (orang kampung cakap 'pernah masuk tv').

Bila perut sudah kenyang, jom jalan-jalan ke tarikan terbaru pelancongan di Taiping, iaitu Taman Tasik Kamunting, ianya hanya 5 minit sahaja dari Kamunting House Stay saya...dekat sangat dahh..rugi kalau tak datang. Kebanyakan pelancong  yang tidak menyedari akan kewujudan Taman Tasik Kamunting tersebut. Ianya terletak bersebelahan dengan Kompleks Sukan Rakan Muda Kamunting, tidak berapa jauh dari Kem Tahanan ISA dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Bukit Jana. Ingat betul-betul, hanya 5 minit perjalanan dari house stay saya di Kamunting.



Saturday, March 5, 2011

BERCUTI SAMBIL BERJIMAT, KENAPA BAYAR LEBIH?

Salam hormat, sebagai menghargai rakan-taulan dan seluruh pembaca blog serta rakan-rakan facebook, promosi diskaun akan diberi kepada anda sepanjang tahun 2011, termasuk pada musim cuti sekolah. Bandingkan harga kami dan anda pasti mengakui, ianya tawaran terbaik untuk percutian sempena cuti sekolah atau pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan jumlah unit adalah terhad, tempahan berdasarkan siapa cepat dia dapat....SELAMAT BERCUTI!!!

 

kolam renang dihadapan blok penginapan

pandangan dari tingkat 6, kemudahan kolam renang bersebelahan padang mainan.
 
 
pandangan hadapan Suria Service Apartment;

tempat makan dihadapan kolam renang.

luas dan selesa utk keriangan seisi keluarga..

tempat bersantai....
  •  KEMUDAHAN:
  •  1 BILIK TIDUR
  •  RUANG TAMU
  •  DUA UNIT BILIK AIR
  •  DUA UNIT PENGHAWA DINGIN (RUANG TAMU &  BILIK TIDUR)
  •  TOTO,  SELIMUT TAMBAHAN & BANTAL    (TIADA CAJ)
Bilik dilengkapi dengan 2 buah bilik mandi
                                     
 
 
KEISTIMEWAAN UNTUK PENYEWA SURIA APARTMENT
  • SAUNA & STEAM ROOM (CAJ DIKENAKAN-RM10.00/SEORANG)
  • SWIMMING POOL (TIADA BAYARAN)
 
                                                                                                                        
                                                                   Harga Promo!!

                                             Isnin-Khamis

                                            RM150.00 
               
     
  Jumaat-Ahad dan Cuti Sekolah      
             RM 160.00
 



Thursday, February 17, 2011

SETIAP 'SEN' ADA NILAINYA !!!

Salam hormat semua, semoga sihat hendaknya. Bila sebut sahaja Bukit Merah Lake Town, ianya terlalu sinonim dengan taman tema air (waterpark), mungkin juga kerana publisiti atau promosi yang diberi oleh media massa menyebabkan beberapa lokasi pelancongan menarik dan lebih 'adventure' berhampiran Bukit Merah Lake Town, seakan-akan tenggelam akibat 'propaganda' pelancongan yang hebat namun kadangkala tidak memberi manafaat secara maksima kepada para pelancong. Saya mendengar keluhan 'pelancong tulen' yang mahukan  jadual atau aktiviti pelancongan yang 'padat' dan berbaloi !! Maklumlah, kos perjalanan  tidak termasuk makan-minum serta perbelanjaan lain mencecah ratusan ringgit, terutamanya bagi mereka yang datang dari negeri-negeri di selatan atau pantai timur Malaysia. Dalam ertikata lain, mereka mahukan lebih banyak lokasi-lokasi pelancongan di kawasan berhampiran untuk dilawati bersama keluarga atau bersama rakan dan taulan. Sebagai sebahagian dari anda, saya juga memahami kehendak dan aspirasi para sahabat semua !! Jom..optimum serta maksimakan, waktu melancong dengan pelbagai aktiviti yang lebih 'adventure' dan unik dengan meneroka pengalaman baru untuk mendapat kepuasan dari setiap sen yang diperuntukan 'atas nama' PELANCONGAN.

Tarikan pelancongan utama yang terletak berhampiran Taiping atau Bukit Merah adalah 'Fireflies' atau kelip-kelip di Kg. Dew yang terletak beberapa kilometer sahaja dari tol Kamunting (Taiping Utara) ianya juga boleh dimasuki dari jalan lama Bagan Serai yang menghala ke Taiping (jika anda menginap di Bukit Merah). 

kelip-kelip/fireflies (cuba perhatikan cahaya yg dikeluarkan dari anggota serangga tersebut)

Menurut fakta sains, cahaya yang terhasil pd kelip-kelip disebabkan oleh campuran dua bahan kimia berserta oksigen menerusi proses yang dinamakan sebagai 'bioluminescence'. Juga difahamkan, spesies kelip-kelip yang terdapat di Malaysia adalah antara yang paling unik di dunia dari segi kerlipan cahaya !!!


Pengalaman menaiki bot utk melihat serangga unik tersebut (foto ehsan, fireflyzone.blogspot)


Hanya terdapat beberapa lokasi di dunia sahaja yg mempunyai tarikan unik kelip-kelip!! (foto: fireflyzone.blogspot)


Bagi para pelancong yang berminat dgn tapak pra-sejarah lokasi
penempatan manusia purba di Pulau Kelumpang disahkan wujud sejak abad kedua dan paling lama pernah ditemui.


“Ini adalah kali pertama kita mendapat keputusan kiraan tarikh secara tepat dan lengkap dan ia boleh dijadikan pegangan dalam mana-mana kajian. Sebelum ini, ada juga kajian ke atas penemuan kulit kerang dan sampel lain,” katanya.

Tarikan pelancongan yang tidak kurang hebatnya adalah, Kuala Gula Bird Sanctuary Park', ianya terletak sekitar 15-20 kilometer sahaja dari Bukit Merah Lake Town. Ianya merupakan sebuah lokasi yang tenang lagi mendamaikan dan amat baik sebagai lokasi pelancongan yang memberi manafaat kepada anak-anak anda. Selain itu, di kawasan sekitarnya juga terdapat hidangan 'kari Sembilang' yang amat istimewa, sungguh lazat bila dimakan dgn nasi putih ketika masih panas. Saya memberi 'credit' kepada masakan resepi tradisi ini kerana pernah menikmatinya... 


Jika bernasib baik, anda akan berpeluang utk melihat spesies burang dari beberapa lokasi di dunia yg menjadikan kuala gula sebagai lokasi persinggahan


Jeti di Kuala Gula
Akhir kata dari saya "jadilah pelancong yang bijak, rancang percutian anda'....selamat bercuti..

Tuesday, January 4, 2011

Ada apa dengan TAIPING?

Salam hormat kepada semua, salam persahabatan dan apa jua ungkapan yang baik ditujukan kepada semua pembaca blog ini...

Okey..kepada pembaca yang tercari-cari lokasi yang sesuai untuk bercuti dengan bajet yang berpatutan, saya mengesyorkan 'TAIPING' sebagai destinasi pilihan. Saya tidak berhasrat untuk menceritakan sejarah dan asal usul Taiping, namun sebagai anak jati Taiping, bandar ini memang sarat dengan berbagai sejarah dan warisan serta tidak hairanlah jika ianya digelar sebagai bandar warisan. Untuk informasi, jika Jelebu dikenali sebagai lokasi yang mendapat taburan hujan terendah, syukur Alhamdulillah..TAPING pula merupakan bandar yang mempunyai taburan hujan terbanyak. Namun, jika diperhatikan fenomena banjir tidak mencatatkan lokasi ini sebagai kawasan banjir, hujan telah menjadikan TAIPING bumi yang menghijau dan subur (dari segi tumbuhan dan kadar kelahiran bayi di Hospital ).

Apa yang anda perlu tahu tentang Taiping ialah, lokasi pelancongan utamanya terletak berdekatan diantara satu dengan yang lain, seperti :

1. TAMAN TASIK TAIPING
2. ZOO TAIPING & NITE SAFARI
3. MUZIUM TAIPING 
4. BUKIT LARUT(MAXWELL HILL)
5. AIR TERJUN BURMESE POOL
6. KOLAM RENANG KEMAHKOTAAN
7. TUGU PERINGATAN PERANG


Jika saya tidak salah, ianya berada sekitar radius sekitar 5 kilometer sahaja !! Lokasi pelancongan yang berdekatan ini memberi manfaat yang besar kepada para pelancong bukan sahaja dari segi penjimatan kos dan masa namun yang paling utama, ianya amat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati percutian sekalipun membawa anak-anak kecil serta warga tua. Melancong ke Taiping jika diperhatikan amat berbaloi dan cukup berpatutan dari segi penjimatan wang..



Selain dari lokasi yang disebutkan tadi, kepada anda yang ingin melihat sendiri kehebatan HUTAN PAYA BAKAU, KUALA SEPETANG  yang diperakui sebagai  pengurusan paya bakau terbaik di dunia !! dan jangan lupa menikmati keistimewaan MEE UDANG BANJIR yang terkenal di Kuala Sepetang (dulunya dikenali sebagai Port Weld). Jika berminat, anda boleh melawat kilang arang untuk mengetahui dengan lebih dekat proses menjadikan kayu bakau kepada kayu arang.
Walaupun, bandar Taiping tidak sehebat Jalan Bukit Bintang atau mungkin Pulau Pinang, insyaallah penggemar 'Sushi King',  kopi 'Starbuck' dan mereka yang terjebak dengan 'ketagihan' nasi kandar Pelita serta 'kaki wayang' tidak akan merasa kecewa, pergilah ke Taiping Sentral segalanya ada di sana.
ladang tulip di bkt larut
Air terjun 'burmese pool'




Akhirnya, bagaimana dengan pilihan penginapan?

Berikut adalah spesifikasi kemudahan yang disediakan dengan nilai bajet terbaik anda:
Lokasi : Kamunting, Taiping.
1. Jenis Kediaman :  Rumah Teres 2 tingkat
2. Jumlah Bilik : 3 bilik tidur dan 1 bilik solat (semua bilik mempunyai kipas siling-bilik utama berhawa dingin )
3. Bilik air dan tandas : 3 bilik air dan tandas (bilik air utama dilengkapi dgn pemanas elektrik)
4. Kemudahan-kemudahan lain : garaj utk meletak 2 buah kenderaan, televisyen 29 inci, seterika, toto, tikar, dapur gas, periuk elektrik, jug kettle dan kemudahan asas utk memasak.

Ruang tamu


Bilik utama dilengkapi dgn penghawa dingin, bilik air (dgn pemanas air) dan kipas siling.


Garaj utk 2 buah kenderaan

Bilik tidur ke-2 (bilik air berkongsi dgn bilik ke-3)


Bilik tidur ke-3