Wednesday, June 15, 2011

CENDOL OH CENDOL....

Salam hormat, lama betul tak menulis, sebelum otak menjadi 'beku' dan 'kematu' selain keyboard komputer bersawang dan berdebu ada baiknya saya menulis. Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang sudi memilih 'suka-suka homestay' sebagai destinasi penginapan mereka sewaktu bercuti, terima kasih daun keladi, bila bercuti datanglah lagi, harga diskaun boleh diberi..dun worry..

Pada kebiasaannya, selain daripada melawat lokasi-lokasi menarik, tempat makanan yang istimewa turut dicari oleh pelancong yang datang ke Taiping. Terdapat beberapa lokasi makanan yang pada kebiasaannya menjadi tumpuan pelancong yang datang dari luar, antaranya:


 
1. Cendol Pulut Taiping

2. Koteow Doli, (nasi ayam pun ok jugak)

3. Popiah (gerai bawah Larut matang)

4. Nasi Lemak Jalan Tupai (tepi padang bola dekat simpang jalan) tak jauh dari Taman Tasik Taiping.


cendol kacang pulut pun ada....jgn bungkus, 'rasa dah lari'
Banyak lagi destinasi 'makan-makan' yang boleh 'dibaham' ketika di Taiping, tetapi empat  tempat di atas merupakan destinasi tradisi penulis untuk menambah 'porch bag' di pinggang. Langsung tak rugi kalau dicuba, lagi pun destinasi makan-makan yang tersenarai di atas pernah dilawati oleh krew dan pengacara program beberapa stesen tv di Malaysia (orang kampung cakap 'pernah masuk tv').

Bila perut sudah kenyang, jom jalan-jalan ke tarikan terbaru pelancongan di Taiping, iaitu Taman Tasik Kamunting, ianya hanya 5 minit sahaja dari Kamunting House Stay saya...dekat sangat dahh..rugi kalau tak datang. Kebanyakan pelancong  yang tidak menyedari akan kewujudan Taman Tasik Kamunting tersebut. Ianya terletak bersebelahan dengan Kompleks Sukan Rakan Muda Kamunting, tidak berapa jauh dari Kem Tahanan ISA dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Bukit Jana. Ingat betul-betul, hanya 5 minit perjalanan dari house stay saya di Kamunting.