Friday, December 10, 2010

PILIHAN ALTERNATIF, LEBIH EKSKLUSIF, HARGA?..TETAP BAJET !!!

dua kolam renang (gambar ini diambil dari balkoni ruang tamu apartment)
Salam mesra kepada semua pembaca blog ini. Sejak akhir-akhir ini saya telah dihubungi oleh ramai individu yang bertanyakan tentang penginapan alternatif untuk mereka bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort. Seperti biasa, penginapan yang dikehendaki adalah apartment yang dapat memenuhi citarasa ahli keluarga yang bukan sahaja lebih luas, lebih selesa dan lebih murah!!!! Jika boleh ianya mempunyai ruang tamu untuk bersantai sambil menonton televisyen, mempunyai dua bilik air yang berasingan dan mempunyai kemudahan kolam renang, bukan satu, jika boleh dua....dan yang paling utama, harga sewaannya mesti LEBIH MURAH...fuhhhhh..satu permintaan yang pastinya memeningkan kepala penulis dan permintaan sebeginilah yang memberi 'baja' kepada rambut penulis yang semakin hari kian memutih.

Ruang tamu yang lebih luas dgn pemandangan yang lebih indah menerusi balkoni tingkat 6

Berpaksikan kepada 'PELANGGAN SELALUNYA BETUL', segala kehendak tuan dan puan yang budiman akhirnya termakbul juga dengan izin Allah. Pihak kami menawarkan penginapan di SURIA SERVICE APARTMENT yang mempunyai kemudahan-kemudahan berikut:


Pintu masuk ke bilik tidur

1. KEMUDAHAN KOLAM RENANG KANAK-KANAK DAN DEWASA

2. RUANG TAMU YANG LEBIH LUAS

3. DUA BILIK AIR DAN TANDAS BERASINGAN (RUANG TAMU DAN BILIK)

4. TAMBAHAN TOTO DAN BANTAL

5. KEMUDAHAN LIF
 
Kemudahan bilik mandi dan tandas di ruang tamu dan bilik tidur

Ianya tetap ditawarkan dengan harga yang lebih menarik dan berada dalam lingkungan kemampuan tuan/puan yang inginkan keselesaan ekstra.

salam hormat, terima kasih.