Monday, June 7, 2010

kenapa mesti homestay?


Akhir-akhir ini kewujudan 'homestay' yang berorientasikan perkhidmatan tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Waluapun perkhidmatan yang disediakan mungkin tidak dapat menyamai kualiti 'inap desa' atau 'homestay' yang ditawarkan di beberapa tempat yang lain. Namun yang paling penting perkhidmatan yang ditawarkan selain dapat membantu merancakkan aktiviti pelancongan iainya serba sedikit dapat meningkatkan penglibatan golongan bumiputera dalam industri ini. Jika sebelum ini 'pembahagian kek' dalam industri ini dibolot sepenuhnya oleh pengusaha bukan bumi yang memiliki hotel-hotel samada yang 'memiliki bintang' atau tidak berbintang, kini ianya serba sedikit turut disaingi oleh kaum Melayu yang mengusahakan 'homestay' secara sambilan ataupun sepenuh masa. Walaupun 'inap desa' yang digelar homestay terletak di tengah-tengah kawasan perumahan namun panggilan 'homestay' telah dianggap sinonim pada kebanyakan dari kita pada hari ini. Lagipun, mana mungkin 'inap desa' diwujudkan dikawasan bandar-bandar pelancongan yang semakin rancak dengan pembukaan kawasan perumahan baru.


Kewujudan homestay serba sedikit membolehkan para pelancong berstatus 'pelancong bajet' berpeluang bercuti bersama keluarga kemana-mana destinasi pelancongan yang sesuai. Bilangan ahli keluarga yang ramai tidak lagi menjadi isus kewangan yang membebankan jika mereka bijak memanfaatkan rumah tumpangan bertaraf 'homestay' secara bijaksana. Perbelanjaan untuk makan dan minum juga dapat dikurangkan jika homestay yang diduduki menyediakan dapur dan cerek untuk kegunaan asas memasak. Selain itu, terdapat juga pengusaha homestay yang menyediakan peti ais dan kemudahan memasak yang lengkap.


Para pelancong pada hari ini semakin menjadikan homestay sebagai pilihan destinasi penginapan mereka. Justeru itu, pengusaha homestay perlu lebih inovatif dalam menyediakan kualiti perkhidmatan mereka, ianya dapat dilakukan jika mereka sanggup 'melabur' lebih sedikit bagi memastikan kemudahan kepada para penghuni dapat dinaiktarafkan mungkin sehebat hotel jika berkemampuan. Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab pula perlu bersedia memberi bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada majoriti pengusaha yang terdiri dari kaum Melayu yang masih 'terlalu hijau' dalam industri pelancongan yang membawa masuk berjuta-juta para pelancong dengan jumlah wang yang mencecah angka 'bilion'.


tq...